September 19, 2025
Jangan Pandang-Pandang
Kembali semula TMBF mengulas filem Melayu tempatan! Dah lama saya tak menonton filem Melayu arus perdana, tidak termasuk Bunohan yang boleh dikatakan filem arthouse tahap antarabangsa, dan juga Cinta Kura-Kura dimana saya diundang ke tayangan perdananya. Sebenarnya saya cukup rasa serba salah, kerana adalah menjadi pernyataan misi TMBF untuk mengulas semua filem tempatan yang ditayang di panggung. Melihat trafik blog ini yang pasti meningkat setiap kali saya terbitkan ulasan filem Melayu, jelas inilah catatan yang paling populer dikalangan pembaca. Ampun maaf diminta karena banyak filem tempatan yang tak sempat saya tonton.
Jadi diharap anda puas hati dengan ulasan filem Jangan Pandang-Pandang ini. Sebab saya pula langsung tak puas hati ketika menontonnya.
Lima pelajar kolej, iaitu Ajis (Zizan Razak), Yaya (Sara Ali), Ben (Nas-T), Diana (Anith Aqilah) dan Marsha (Miera Liyana), diberi tugas oleh pensyarah mereka (Jaafar Onn) untuk mengembara ke Gua Bewah dan mencari artifak-artifak bersejarah yang masih ada di situ. Ajis dan Yaya dulu berpasangan, tetapi telah memutuskan hubungan karena Ajis bodoh nak mampus main kayu tiga; manakala Ben pula jatuh hati dengan Marsha yang penuh misteri. Marsha masuk diterima ke dalam kumpulan mereka karena dia mempunyai sebuah peta lama tinggalan nenek moyangnya yang menunjukkan jalan rahsia ke dalam gua tersebut. Lima sekawan itu menyewa bot dari Abang Bob (Azhar Sulaiman) untuk merentasi tasik menuju ke gua itu, tapi gua dan hutan disekelilingnya rupanya berhantu - dan kelima-lima mereka pula rupanya langsung tidak berotak.
Apa kejadah dengan filem-filem Arah Ahmad Idham yang bertajuk Jangan Pandang ni? Yang pertama adalah Jangan Pandang Belakang dari tahun 2007, yang setahu saya ia filem seram yang serius. Diikuti pula dengan Jangan Pandang Belakang Congkak pada tahun 2009 serta sekuelnya setahun kemudian, kedua-duanya merupakan filem seram komedi. Sekarang keluar pula Jangan Pandang-Pandang yang juga seram tapi lawak. Keempat-empatnya tiada kaitan antara satu sama lain, malah plot filem ini pun tak ada kaitan dengan tajuknya. Satu-satunya faktor sepunya adalah kesemua diarah oleh Ahmad Idham. Apakah Ahmad Idham percaya dua patah kata itu ada tuahnya, dan adakah ini kepercayaan syirik?
Kalau filem ini bertuah di pasaran pun bukan bermaksud ia filem yang baik. Ia sebuah lagi kenderaan bintang (kendaraan bintang) bagi Zizan Razak, yang juga membawa kejayaan yang tidak wajar kepada filem Hantu Bonceng tahun lepas. Wataknya kali ini jauh lebih bangang dan rumit; si Ajis ni adalah tolol paling agung dalam barisan watak yang tak kurang ke-moron-nya. Dahlah dungu, bongkak pulak tu, asyik memegahkan dirinya sebagai ketua kelompok, dan setiap keputusan yang dibuatnya hanya menggagalkan tugasan mereka dan melemparkan lagi kelompok itu ke dalam hutan belantara. Yang paling sukar dipercayai adalah, cerita ini menampilkan watak Ajis sebagai pahlawan.
adi yang paling dungu disini adalah, tak lain dan tak bukan Tuan Pengarah Ahmad Idham - oh ya, juga termasuk Tuan Penulis Skrip Meor Shariman (yang membuat saya malu kerana memuji hasil kerjanya dalam filem Senjakala). Segala perbuatan watak-watak tidak masuk akal, sebab jalan cerita pun tak masuk akal; di tengah jalan, kumpulan pelajar ini terus givap nak menyiapkan tugasan mereka tanpa sebab yang munasabah. Kemudian semasa sesat di hutan, datanglah babak demi babak bertembung hantu yang tiada sebab atau makna. Entah kenapa, perasaan marah Yaya terhadap boiprennya yang curang mula reda, padahal Ajis tak pernah kesal atau taubat keadaannya. Yang paling membengangkan adalah plot twist di saat-saat akhir, yang sebenarnya dicanggah oleh adegan awal. penyelesaian Ahmad Idham atau Meor Shariman sendiri lupa apa yang sudah ditulis/difilemkan.
Namun saya rasa mereka memang tidak mengakhiri semua itu. Plot yang logis, cerita yang digarap dengan teliti, watak yang dibina dengan bernas dan berpembawaan, semua itu boleh buang asalkan ada cukup masa untuk Zizan membolot skrin. Malah jenaka yang sepatutnya ada dalam sebuah skrip komedi pun tiada, karena memang ketara Zizan sedang meng-improv-kan segala dialognya. Tak kira dia Raja Lawak ke, Maharaja Lawak ke, bakatnya bukan dalam bidang komedi improv sebenarnya. Dialognya bangang, bukan lucu. Hanya bila dia diberi skrip yang benar-benar kelakar, lakonannya baru berkesan - contohnya Cinta Kura-Kura. (Atau mungkin juga saudara Zizan ni ibarat Jack Black; kalau hanya suara yang kedengaran, boleh tahan, tapi bila mukanya muncul terus mengundang penumbuk.
Tapi tak baik saya salahkan Zizan atas keburukan filem ini. Saya juga takkan salahkan Sara Ali yang telah membazirkan bakat hebatnya dalam filem buruk ini. (Jujur kata, wajahnya yang kiut gila babi sajalah yang saya suka dalam filem ini. Oh Cik Sara, kamu tau tak nafsu hati aku milikmu??) Yang salah memangnya Ahmad Idham dengan Meor Shariman - tetapi memandangkan penonton-penonton lain yang gelak tak henti-henti dengan telatah Zizan, salah perlu dikongsi juga dengan penonton. Sebab inilah TMBF dah malas nak ulas filem tempatan. Bukan hanya karena hampir semua filem-filemnya teruk - juga karena kalau tahap citarasa penonton tempatan begitu berjemur, hapuslah segala harapan untuk dunia filem kita maju. Malah filem macam ni yang menciplak muzik tema Indiana Jones pun boleh diterima.
0 komentar:
Posting Komentar