September 30, 2025
Cinta Kura-Kura
Ampun dan maaf diminta dari pembaca-pembaca TMBF sekalian. Dah lama saya tak mengulas filem Melayu, dan saya sudah terdapat peluang bagi filem-filem seperti Suatu Malam Kubur Berasap, Papa I Love You, Sesuatu Yang Tertinggal, Keramat, Bujang Telajak, Sumpahan Kum Kum, Azura dan Hantu Dalam Botol Kicap. Tiada alasan yang boleh saya beri, melainkan baru-baru ini saya selalu malas nak tengok filem dan tulis rebiu. Tapi saudara Nizam Zakaria telah mengundang saya ke file Gala Premiere Arahnya yang pertama, Cinta Kura-Kura, dan hutang budi ini perlu dibayar dengan sebuah rebiu. Kini pasti Anda bertanya, apakah undangan ini telah menyajikan integritas dan keobjektifan TMBF? Apakah beliau teruja sangat dapat menghadiri acara glemer serta bergosok bahu dengan fofular selebriti-selebriti, sehingga pasti rebiu ini memuji filemnya setinggi awan?
Nani (Tiz Zaqyah) tinggal bersama abangnya Amin (Bob Yusof) dan memelihara seekor kura-kura bernama Nico (Zizan Razak). Adam (Aeril Zafrel) pula ahli kumpulan muzik dan tinggal bersama ibunya Mak Uda (Norhayati Taib). Kedua-dua hidup berjiranan, dan mula jatuh hati antara satu sama lain ketika Amin menemani band Adam sebagai penyanyi utama. Tetapi karena alasan Adam tak reti beza antara penyu dengan kura-kura, Nico tidak menyukai dan ingin menghancurkan hubungan cinta antara Adam dengan pemiliknya Nani. Oh baidewei, Nico serta semua kura-kura lain dalam filem ini boleh bercakap dan berjalan atas dua kaki dengan pantas. Di samping itu, seorang pemilik kedai haiwan peliharaan bernama Fazli (Fizz Fairuz) juga ingin mengorat Nani, dan Nico juga berkawan dengan dua ekor kura-kura di kedainya bernama Atok (Shy8) dan Mira (Fara Fauzana). Tetapi Fazli mengerjakan perniagaan haram, membekal haiwan terlindung kepada Mr. Lim (Chew Kin Wah) yang menghidangkan haiwan-haiwan tersebut di restorannya. Dan antara hidangannya adalah daging kura-kura...
Saya agak percaya kebanyakan filem Melayu disasarkan khususnya kepada penonton lelaki. Ini karena filem-filem yang paling berjaya di pasaran - KL Gangster, Hantu Bonceng dan Kongsi, antara yang lain - menjual unsur-unsur aksi dan rempit yang memang diminati kalangan laki-laki Melayu muda. Tapi baru-baru ini muncul pula filem Ombak Rindu, sebuah kisah cinta melodrama yang juga amat berjaya, dan saya pasti kesuksesannya dihasilkan dari penonton-penonton wanita. Ini suatu petanda yang baik, menunjukkan industri filem tempatan sihat dan mampu menampung berbagai segmen penonton. Diharap ini akan membuat Cinta Kura-Kura juga berjaya, karena ia sebuah filem yang jelas menyasarkan penonton anak gadis muda urban.
Bukti ini karena pertama, ia cerita komedi cinta. Dan kedua, "bintang" filem ini bukanlah Aeril Zafrel atau Tiz Zaqyah, tetapi sebuah kartun kura-kura CGI yang bernama Nico dan diberi suara oleh Zizan Razak. Nico adalah suatu ciptaan yang sangat menggelikan hati, jelas dibuktikan dari gelak ketawa gadis-gadis remaja yang duduk di sebelah saya di panggung setiap kali kura-kura ini beraksi. Dan walaupun dia memang comel sepertimana watak CGI dalam filem live-action pasti comel, bukan kecomelan saja yang dia ada. (Rujuk filem-filem seperti The Smurfs atau Alvin and the Chipmunks, yang tidak layak ditonton sesiapa yang berumur 12 tahun ke atas.) Nico ada personaliti yang diberi oleh Nizam yang juga menulis skrip di sampingnya, dan skripnya juga memberi dialog-dialog yang lucu kepada Nico serta watak-watak lain. Saya boleh kata filem ini adalah komedi yang benar-benar keren.
Ini sesuatu yang jarang dilihat, karena kebanyakan filem komedi Melayu yang pernah saya tonton adalah bodoh, bukan kelakar. Tapi filem ini berjaya menut hati saya. Dialognya sedap didengar, dan lawaknya timbul secara bersahaja dari watak-wataknya - contohnya adegan-adegan Mak Uda meleter Adam, atau ahli-ahli kumpulan muzik Adam. (Satu daripadanya dimainkan oleh Harun Salim Bachik yang tak pernah tak kelakar.) Nico suka membaca buku cerita "Arnab dengan Kura-kura" milik Nani dan memperli watak arnab itu. Ada juga sebuah running gag dimana kereta Fazli sering memainkan lagu dangdut. Saya juga tertawa dengan kemunculan seekor gajah semasa babak penamat (tak boleh saya nak jelaskan lebih lanjut sebab spoiler). Sentuhan-sentuhan kecil inilah yang meyakinkan saya bahwa Nizam adalah seorang pencerita yang bijak dan berimajinasi.
Kelemahan yang boleh saya nyatakan adalah pada kisah cintanya. Perasaan cinta antara Nani dengan Adam tidak begitu terasa; babak paling romantis adalah sebuah perbualan telefon dimana Tiz dan Aeril tidak berinteraksi secara bersemuka. Juga saya rasa Aerillah pelakon yang paling lemah dalam filem ini. Yang lain semua, termasuk Norhayati Taib, Fizz Fairuz, Chew Kin Wah serta pelakon suara bagi watak kura-kura, semuanya memberikan persembahan yang sedikit over the top, tapi lakonan Aeril agak kaku dan kurang sesuai dengan nada komedi cerita ini. Nasib baiklah ada Tiz yang sungguh menawan hati dalam filem ini. Walaupun beliau paling terkenal dengan perannya sebagai seorang wanita MILF berumur dalam drama TV dan filem Nur Kasih, namun di sini dia cukup meyakinkan sebagai anak gadis berusia awal 20-an yang masih mendukung keremajaan.
Kalau difikirkan lama-lama, ada juga beberapa lubang plot yang tidak masuk akal - misalnya, kenapa Nico seorang (seekor?) saja kura-kura yang boleh berjalan di atas dua kaki? Mengapa kura-kura tak berani nak dedahkan kebolehan mereka bercakap meskipun nyawa diri diancam? Ditambah lagi, watak Amin abang Nani seolah-olah menghilang waktu separuh terakhir, karena dia sudah tiada kaitan dengan cerita. Namun saya sedia merekomenkan filem ini kepada siapa-siapa - khususnya jika anda perempuan yang ingin menonton sesuatu yang kiut, samada Aeril, Tiz ataupun kura-kura CGI yang bersuara macam Zizan Razak. Saya ingin melihat lagi filem dari Nizam, dan Anda juga patut menginginkannya. Jadi sila ke pawagam menonton Cinta Kura-Kura pada 1 haribulan Mac nanti. Kalau filemnya terbaik, saya takkan segan nak mengiklankannya.
0 komentar:
Posting Komentar