September 16, 2025
Sekali Lagi
Saya tertipu dengan trailer filem ini. Ia membuat Sekali Lagi tampil macam sebuah drama kemanusiaan yang menampakkan emosi yang tulus dan ikhlas dari watak-watak yang mesra dan saling menyayangi (walaupun dramanya berperisa melo sikit, yaitu melodramatis). Itu tipuan. Bohong. kelentong. Taik lembu jantan semata-mata, seperti yang boleh dilihat dari rating saya. Filem pertama Arah Hashim Rejab, yang merupakan antara 10 pengarah baru yang "dilatih khas" oleh Metrowealth kononnya, merupakan sebuah debut yang sangat menghampakan.
Malah banyak lagi kekelentongan yang dikelentongkan oleh filem ini.
Arman (Shaheizy Sam) adalah seorang lelaki autis yang selama ini dijaga oleh ibunya (Kartina Aziz), namun dia bakal mengahwini Farina (Shasha) dalam perkahwinan yang dirancang. Suatu hari dia bertemu dengan seorang budak kecil bernama Amy (Mia Sara Nasuha), dan terjalinlah persahabatan yang akrab di kalangan kanak-kanak dengan lelaki dewasa yang berminda kanak-kanak. Ibu Amy bernama Shila (Lisa Surihani) adalah seorang ibu tunggal, berkawan dengan seorang peniaga warung bernama Haris (Bront Palarae) yang mencintainya dan membantunya menjaga Amy. Tapi ketika Shila bertemu dengan Arman, terdedahlah sesuatu yang tidak dijangka. Arman sebenarnya ayah Amy, dan dia pernah bercinta - dan berpisah - dengan Shila. Bagaimanakah seorang autis mampu melakukan semua itu, malah kini langsung tak ingat dan tak mengenal Shila?
Poster Kat di atas tu ada tulisan "Sebuah Filem Romantik Komedi." Masa memula filem ini juga ada tunjuk super "Sebuah Filem Romantik Komedi." Itu tipuan. Bohong. kelentong. Taik lembu jantan sama sekali, namun inilah petunjuk kepada segala yang salah dengan filem ini. Pokok yang terjadi adalah, Hashim mengarahkannya seolah-olah ia adalah sebuah komedi. Olahannya terhadap setiap adegan dibuat terlampau kasar dan luas, yaitu luas. Di sini saya perlu menjelaskan apa maksud "luas"; Tujuannya ia dibuat agar dapat menarik setiap lapisan masyarakat. Dari kanak-kanak berumur 5 tahun hingga orang yang terencat akal seperti Arman pun boleh terhibur menonton filem ini. Bunyinya macam-macam yang elok, tapi sebenarnya bukan.
Soalnya, ini sebuah filem drama. Inilah genrenya; malah, ianya tidak bergenre, artinya tidak ada peraturan atau konvensyen yang boleh digunakan untuk memenuhi selera peminat sesebuah genre. (Contohnya, filem seram mesti seram, filem aksi mesti ada adegan aksi, filem fantasi/sci-fi mesti ada efek khas, dll.) Cuma ada sebuah cerita yang harus diceritakan dengan matang, halus dan realis. Artinya, filem drama tidak mungkin dapat memuaskan minat penonton yang hanya menginginkan hiburan ringan. Penonton harus menghayati watak-wataknya serta liku-liku perjalanan hidup mereka; Penonton harus tidak menjangka apa-apa dari filem ini selain cerita yang dapat menyentuh hati. Kanak-kanak kecil takkan suka cerita sebegini; budak-budak remaja yang nak lepak bersama kangkawan takkan minat cerita sebegini. Sepertimana filem I Am Sam, yang banyak persamaannya dengan filem ini, tidak ditujukan untuk kanak-kanak atau remaja.
Namun demikian, Hashim tetap mencoba menarik minat semua orang dengan filem ini. Maka dia mengarahkan Shasha agar melakonkan watak Farina dengan cetek dan satu dimensi sekali, supaya kita tahu dia jahat dari saat pertama dan terus mengingatkan kita tentang kejahatannya setiap kali dia muncul. Sebab itu juga watak Zarina (Amylia Nastasha Aziz), seorang perempuan yang cuba memikat Haris, digambarkan seperti kartun. Dan karena itu juga si Amy ni, yang kelihatannya tak lebih dari 6 tahun umurnya, dibuatnya lebih bijak dari orang dewasa - malah dalam satu adegan, mampu menurunkan seorang perompak macam Macaulay Culkin dalam Home Alone. Hashim mahu memperluas tarikan filem ini seluas mungkin, dan ini pendekatan yang salah sama sekali. Filem drama yang sepatutnya menyentuh hati, jadi macam komedi yang bangang.
Tapi bukan Arah Hashim sahaja yang tak betul. Skripnya juga penuh dengan zat lolwut serta vitamin W, T dan F. Kononnya Haris menjaga Amy semasa Shila bekerja - tapi budak kecil ini boleh merayau-rayau di tengah kota seorang diri, serta bercampur dengan Arman yang tidak dikenal oleh Haris. Macam ni ke jaga anak?? Babak pengakhirannya juga ada watak jahat yang tetiba mengakui kesalahannya tanpa sebab, kecuali dia sedar bahawa cerita dah nak tamat. Tetapi bagian yang paling mencengangkan adalah pengungkapan rahsia sebenar mengapa Arman tak mengenal Shila dari dahulu. Kebetulannya inilah filem kedua berturut-turut yang jahil tahap dewa tentang bidang perubatan jiwa dan penyakit autisme. Saya takkan dedahkan kerana spoiler, tapi pendek kata, plot twist ini adalah facepalm sefacepalm-facepalmnya.
Dengan skrip serta Arah yang bebal macam ni, para pelakon semua peluang untuk menampilkan pertunjukan yang baik. Lisa Surihani dan Bront Palarae ikut serta dalam skrip je. Shaheizy Sam cukup berbakat, tetapi tak sampai berjaya melakonkan orang autistik; telatahnya hanya menimbulkan rasa jengkel. Pelakon cilik Mia Sara Nasuha pula, sebenarnya tak sehebat mana bakatnya. Dia hanya tahu berkelakuan comel, dan comel itu tak sama dengan bakat berlakon. Ditambah lagi, jelas dia terlalu muda untuk memahami cerita dan watak yang dilakonkannya; dia macam hanya tahu membaca dialog-dialognya dari skrip. Memang banganglah kalau nak bandingkan dia dengan Dakota Fanning.
Jelas sekali Hashim Rejab telah memilih cerita yang salah untuk dijadikan karya pertama. Hanya pengarah yang benar-benar mahir sahaja yang mampu membuat filem drama, mahupun melodrama, yang berkesan. Ini cita-cita yang jauh terlampau tinggi buat first-timer macam Hashim; lebih baik kalau dia menyasar rendah sikit dan memulakan kariernya dengan sebuah komedi ringan. Filem jenis itu baru tampak sesuai bagi Hashim - karena hakikatnya, Sekali Lagi adalah sebuah filem yang langsung tak reti genrenya sendiri.
0 komentar:
Posting Komentar