September 15, 2025
Jalan Kembali: Bohsia 2
Sudah agak lama saya menunggu filem ini. Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam merupakan filem Melayu pertama yang saya rebiu di blog ini. (Jujur kata, kerut muka saya bila membaca catatan itu. Tulisan TMBF mentah lagi masa tu.) Bila saya mendengar Syamsul Yusof sedang membikin sekuelnya, saya tahu saya perlu menonton dan mengulas sekuel itu juga. Tetapi penungguan saya tidaklah dengan penuh harapan bahawa ia mungkin sebuah filem yang bagus, karena filem terdahulunya pun memang taik. Apa kemungkinan sekuel ini dapat memperbaiki hasil kerja Syamsul dari tiga tahun lalu?
Malangnya, kemungkinan itu adalah sifar.
Amy (Salina Saibi) yang telah membunuh ayah yang merogolnya kini berada di sebuah pusat pemulihan akhlak. Tetapi Mus (Syamsul Yusof) masih merempit dan ikut perlumbaan haram bersama rakannya Ejan (Zizan Razak); dan Tasha (Nabila Huda) kini menjadi teman kepada Keting (Soffi Jikan), seorang lagi pelumba haram, perompak dan pengedar dadah. Kerana tidak tahan didera oleh Kak Rock (Maimunah Ahmad), seorang lagi penghuni pusat tersebut, Amy kembali ke KL dan bertemu semula dengan Mus dan Tasha. Ketika Tasha ingin mengubah cara hidupnya dan kembali tinggal bersama ibu saudaranya (Delimawati), Amy dan Mus cuba membantu - tetapi Keting takkan membiarkannya begitu sahaja.
Daripada trailernya, saya sangka filem ini akan menunjukkan watak-watak dari Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam sedar akan cara hidup mereka dahulu, ingin memaafkan dosa-dosa mereka dan berjaya hidup dengan aman dan bahagia. Tapi sebenarnya tidak. Hanya Amy sahaja yang telah mengubah dirinya selepas kejadian dalam filem itu; Mus dan Tasha masih sama saja. (Watak Acai yang dilakonkan oleh Shaheizy Sam pula tidak muncul. Mungkin dia terbunuh dalam pergaduhan yang mengakhiri cerita itu - tapi kalau ya, Mus yang membunuh takkan cepat sangat keluar penjara?) Maka filem ini lebih kurang sama sahaja dengan pendahulunya: sebuah cerita dimana kejadian yang sangat buruk terjadi kepada watak-watak yang amat keji.
Mungkin Amy yang menjadi pembawa acaranya, karena dia sudah taubat dan alim sekarang. Tapi subplotnya semasa di pusat pemulihan akhlak tu cukup rumit dan menguji kesabaran. Amy didera oleh Kak Rock dengan sungguh-sungguh kejam dan ganas, tetapi tidak ada siapa pun yang menghalangnya atau memberi hukuman. Pusat pemulihan akhlak mana yang haprak ni?? Langsung tidak mendisiplinkan pelajar-pelajarnya. Sampai berlakunya pergaduhan di tengah kelas agama pun, ustazah itu hanya mampu berkepak-kepak tangan dengan rimas. Malah Amy dirogol oleh Kak Rock dengan menggunakan berus tandas pun, entah mengapa Amy tak nak laporkan kepada pengetua (mungkin karena dia tau pengetua tu tak guna). Oh ya, ini sebuah filem yang berisi adegan perempuan rogol perempuan guna berus tandas. Pertama di dunia! Produk buatan Malaysia! Bangga tak kau, Syamsul Yusof, dengan ilham kau tu?
Babak rempit dan bohsia pula hanya kembali benda yang sama dari filem pertama. Acai diganti oleh watak Keting lakonan Soffi Jikan yang bukan sekadar over the top; kalau topnya mencapai menara KLCC, level atasnya berada di angkasa lepas. Sudah pasti inilah lakonan yang paling dahsyat dan men-WTF-kan dalam filem tempatan tahun ini. Nampak jelas Keting ni adalah kitaran semula watak Ajib dari KL Gangster, tapi kali ini Soffi telah menekan tombol sampai 11. Polisi mesra alam ini juga dilihat dalam watak Ejan lakonan Zizan Razak yang sudah kita lihat dalam watak Fadil dari KL Gangster (tapi sebenarnya, semua watak lakonan Zizan pun sama). Ejan tu amat entahapentah, langsung tiada kaitan dengan plot tunjang. Dia hanya muncul dalam beberapa babak bersama seorang bomoh bangang lakonan Harun Salim Bachik dan seorang bangang biasa lakonan Kazarudin Saisi sambil menampilkan lawak yang bangang.

Hakikatnya ini sebuah filem talam dua muka; mengagungkan budaya rempit yang seronok dan mengujakan kepada penonton sambil berpura-pura menjadi filem yang mendakwahkan agama. Saya tak tahu mengapa Syamsul mahu membikin filem ini; saya sangka beliau seorang yang berani mencuba benda baru, memandang rekodnya menghasilkan filem aksi lumba, seram, aksi gangster dan komedi romantik. Tapi Jalan Kembali: Bohsia 2 - sekuel kepada sebuah filem dari 3 tahun lalu yang bukannya bagus sangat dan bukannya berjaya sangat - jelas merupakan langkah mundur bagi beliau. Bagaikan tiada apa-apa yang dipelajarinya dan diperbaikinya selama empat tahun mengarahkan filem. Yang baru dan diperbarui hanyalah adegan rogol berus tandas tu.
0 komentar:
Posting Komentar