Senin, 15 September 2025

Mantera

Mantera

Filem ini sudah menerima kecaman hebat karena digelar "filem sci-fi pertama di Malaysia." Gelaran ini memang kelentong sepenuh-penuhnya, karena filem XX Ray Arah Aziz M. Osman pernah keluar tahun 1993.Tetapi sebenarnya gelaran yang dikeluarkan oleh syarikat penerbitan filem Mantera ini adalah "filem sci-fi antarabangsa pertama di Malaysia," jadi okeylah, betul jugaklah. Orang lain yang sebar berita salah. Tetapi titik penjualan yang utamanya adalah aksi robot gergasi ibarat Transformers versi tempatan, yang mengundang pandangan skeptis dari banyak orang. Boleh ke Malaysia buat filem Transformers sebaik bikinan Michael Bay? Suka hendak dipercayai. Namun cubalah kita membuka minda, tonton dulu baru diukur, berilah peluang kepada pembikin filem tempatan yang bercita-cita tinggi ini. Lagipun filem-filem Transformers tu bukannya hebat sangat.

Dan setelah ditonton, saya nilaikan filem ini jauh lagi tak hebat.
Ada dua puak yang sering bertelaga, iaitu Alliance of Light dengan Dark Legions, dan sila cu tekaba siapa baik atau jahat. Syarikat Weston Tech di Moskow, Rusia yang berpihak dengan Dark Legions sedang mengerjakan sebuah senjata berteknologi tinggi yang digelar MANTERA. Tetapi penciptanya, Dr. Natasya Pushkin (Kamaliya) telah melarikan diri dari syarikat itu, dan kini sedang giat diburu oleh kuncu-kuncu Sam Weston (Mikhail Dorojkin). Entah, MANTERA telah jatuh ke tangan Azman (Tomok Shah Indrawan), seorang pelajar universitas di Kuala Lumpur yang berkawan karib dengan Kevin (Jayson Lee) dan telah jatuh hati dengan Deena (Syiqin Kamal). Sementara mereka Kuba menyingkap senjata MANTERA ini - yang merupakan sebuah motosikal Cagiva yang dapat ditukar menjadi perisai robot - Azman juga menerima ajaran hidup dan silat dari lelaki yang tidak bernama Azman menggelar sebagai abang (Taj Addin). Namun kedua pihak Alliance of Light dan Dark Legions juga ingin mencari Azman dan mendapatkan MANTERA. Entah kenapa.
Semasa saya menonton filem ini, ada sebuah keluarga bersama dua orang kanak-kanak yang duduk sebaris dengan saya. Saya ada terfikir, memang sesuailah filem ini ditonton oleh kanak-kanak, karena ada aksi berobot-robot ini. Bolehlah saya memperhatikan bagaimana reaksi mereka terhadap filem ini, samada ia mampu menjadi hiburan untuk kanak-kanak. Keputusannya? Masa tengah-tengah filem, mereka berlari-lari dan bermain-main di dalam panggung. Sebab filem ini membosankan gilababi. Wahai Flare Studios dan Spacetoon Media, kamu ingat kami datang tengok filem kamu yang ada robot CGI ni sebab nak tengok Tomok dengan Syiqin Kamal main bowling?? Kamu ingat adegan Tomok dengan Syiqin bercinta di tepi pantailah yang dapat memuaskan citarasa kami?? Ini filem aksi sci-fi ke atau filem Lagenda Budak Setan 2: Tetiba Ada Robot??
Suntingan yang lembam juga memberikan kepada kebosanan; tak hairanlah jangka masanya 1 jam 55 minit, yang memang terlalu panjang buat filem sebegini (paling sesuai adalah 90 minit). Sebenarnya jika kadar jalan cerita lebih cerdas, banyak kelemahan dapat diperbaiki, termasuk kekejuan cerita yaitu cheesiness. Mari saya terangkan apa itu murahan: bermaksud sesuatu yang seolah-olah serius, tetapi penonton yang melihatnya mengarut. (TMBF tak tau mengapa ia diistilahkan sempena sebuah produk tenusu.) Cheesy yang berkesan adalah yang disengajakan, yaitu kita tidak tertarik dengan serius karena keseriusannya hanya acah-acah je; niatnya memang tidak dianggap serius. Filem ini yang diskripkan oleh Miza Mohamad, Khairul Anuar Md Arif dan Azmer Shazly Norazhar sangat-sangat ingin diambil dengan serius. Ini mustahil sama sekali dari minit pertama, bila kita mendengar je "Alliance of Light" dan "Dark Legions".
Hadooiii. Wahai En. Miza, Khairul dan Azmer - termasuk juga pengarah Mohd Aliyar Alikutthy - kamu bikin filem live-action ke filem kartun? Kalau kartun pun, ini tahap kartun dari dekade '80-an; siri animasi zaman sekarang pun dah jauh lebih canggih, dek penonton sudah arif dan pandai menilai. Jadi cerita yang ketinggalan zaman ini akan dilihat sebagai bangang dan menghina penonton. Bagaimana MANTERA bisa mengembara dari Moskow hingga ke Kuala Lumpur? Macam mana yang boleh disampaikan kepada Azman? Si poyo tu tak pernah soal ke pakej tu datang dari mana dan siapa? Kenapa ada tiga mamat yang buli dia tak tentu pasal? Apa pula yang istimewa tentang robot MANTERA ni? Kenapa orang jahat nakkan dia sangat, sedangkan mereka juga ada robot perang lain yang nampaknya lebih kuat? Dan apa jenis hero si Azman ni, sedangkan dalam satu babak aksi di lebuhraya, dia rempuh kereta orang yang tidak bisa sampai penyet?
Ini hasil kerja pembikin yang tidak ikhlas dan tidak bersungguh-sungguh. Ingat ada robot CGI sudah cukup mengagumkan, tapi babak dimana ia beraksi tidak mengujakan dan tidak berkesan. Nak buat babak aksi bukan hanya tunjuk syot yang keren saja! Perlu difilemkan supaya terlihat jelas siapa buat apa! Adegan aksinya berselerak dan mengelirukan, dan disini bolehlah ia bangga karena setaraf dengan Michael Bay. Tapi karena utama saya katakan ia tidak ikhlas adalah karena ianya filem antarabangsa, yaitu produksi Rusia bersama dengan penerbit syarikat serta Emiriah Arab Bersatu. Alasannya adalah ada sulih suara permulaan dalam bahasa Inggeris, pelakon Rusia serta Arab, juga ada adegan yang difilemkan di Dubai yang tampak seperti iklan pelancong. (Ada babak di sebuah pasar yang macamnya pernah muncul dari filem Nur Kasih: The Movie.) Lihat juga versi poster untuk pasaran Rusia yang terpampang dalam blog rasmi filem ini. Muka siapa yang paling besar dan letaknya di tengah tu?
Itu Kamaliya, selebriti Rusia yang memegang watak Dr. Natasya Pushkin. (Saya memanggil dia "selebriti" bukan "pelakon", karena beliau sebagai bekas ratu cantik memang jelas tak reti berlakon.) Watak ini menerajui subplot yang langsung tiada kena mengena dengan plot tunjang Azman. Saya rasa filem ini juga ada versi untuk pasaran Rusia yang dipotong supaya Dr. Pushkinlah yang menjadi watak utama, manakala Azman hanya watak kecil. Filem nyata ini bukan kerja seni yang diarahkan oleh seniman yang berintegriti; filem ini hanya produk yang dibuat semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan cara apa pun. Tapi semua ini boleh dimaafkan jika hasilnya baik - namun hakikatnya, ia amat teruk. Jadi saya rasa tak perlulah ia diberi pujian atas cita-citanya hendak membikin filem ala Transformers buatan Malaysia. Cita-cita setinggi langit tak guna kalau kebolehan masih di tahap longkang.



0 komentar:

Posting Komentar